Penerimaan American Hustle

Respons kritikal

American Hustle menerima pujian kritikal dan barisan pelakon dipuji untuk lakonan mereka terutamanya Christian Bale, Bradley Cooper, Amy Adams dan Jennifer Lawrence. Laman web Rotten Tomatoes memberi filem ini rating 93% berdasarkan 249 ulasan dengan purata skor 8.2/10.[8] Metacritic memberi skor 90 daripada 100 berdasarkan 47 kritikan.[9]

Christy Lemire memberi filem ini empat daripada empat bintang, memuji pengarahan David O. Russell dan hubungan diantara Irving dan Sydney serta lakonan Jennifer Lawrence sebagai Rosalyn.[10] Richard Roeper dari Chicago Sun-Times memberi filem ini A+, terutamanya memuji lakonan Bradley Cooper dan menamakan American Hustle sebagai filem terbaik tahun itu.[11]

Box office

Setakat 9 April 2014 (2014-04-09)[update] filem ini mengutip $150,117,807 di Amerika Utara dengan tambahan $101,054,000 di pasaran antarabangsa dengan jumlah terkumpul $251,171,807.[12][13]

Anugerah

Ia menerima sepuluh pencalonan di Anugerah Akademi ke-86 termasuk Gambar Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik (Bale), Pelakon Wanita Terbaik (Adams), Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik (Cooper) dan Pelakon Wanita Sokongan Terbaik (Lawrence) tetapi tidak memenangi sebarang kategori. Ia menerima tiga Anugerah BAFTA, tiga Anugerah Golden Globe termasuk Filem Terbaik - Muzikal atau Komedi dan Anugerah Screen Actors Guild untuk Pencapaian Cemerlang oleh barisan Pelakon dalam Filem.

Rujukan

WikiPedia: American Hustle http://www.americanhustle-movie.com http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=davido2013... http://www.historyvshollywood.com/reelfaces/americ... http://www.imdb.com/name/nm0000134/?ref_=ttfc_fc_c... http://www.imdb.com/title/tt1800241/ http://articles.latimes.com/2014/jan/19/entertainm... http://www.metacritic.com/movie/american-hustle http://www.nj.com/inside-jersey/index.ssf/2013/11/... http://www.nytimes.com/1981/05/02/nyregion/william... http://www.richardroeper.com/reviews/americanhustl...